วันพุธที่ 3 พฤศจิกายน พ.ศ. 2553

Tunaikan haji dengan wang yang halal

Di antara perkara-perkara yang di pesankan kepada orang-orang yang akan ke haji,ialah agar mereka berusaha menyediakan bekal yang bersih dan perbelanjaan yang halal.kerana naik haji dengan wang yang haram itu tetap tidak akan di kabulkan Allah hajinya.

apa bila ia menyeru Tuhan sesudah berihram : aku menyeru kepadaMu,wahai Tuhan aku menyeru.
Tuhan akn menjawab :

لا لبيك ولا سعديك زادك حرام , وراحلتك حرام , وحجك غير مبرور

" Tidak ada guna suaramu itu,dan tidak ada untungnya.bekalmu haram,dan kederaanmu haram dan hajimu tidak diterima ."

kepada orang yang naik haji dengan wang yamg halal,Allah s.w.t menjawab seruannya :

لبيك وسعديك زادك حلال , وراحلتك حلال , وحجك مبرور

" ku sambut suaramu,kugandakan keuntunganmu.Bekalmu halal,dan kenderaanmu halal,maka hajimu pun diterima ."

Sayugialah hendaknya apabila seorang yang naik haji itu mengeluarkan perbelanjaan,dikeluarkan dengan berlapang dada,kerana semua perbelanjaan itu akan di ganti oleh Allah di belakang hari dengan kebaikan dan berkat,dengan kemudahan dan rezeki yang luas.

ada satu riwayat mengatakan :

bahawa mengeluarkan perbelanjaan untuk haji sama seperti mengeluarkan perbelanjaan sabilillah, iatu setiap dirham diganti dengan tujuh ratus kali ganda .



bersambung ...........

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น