วันพุธที่ 3 พฤศจิกายน พ.ศ. 2553

perihal Haji


Wahai saudara-saudara sekalian ,moga-moga Allah menggolongkan kami dan kamu dalam golongan orang –orang yang beruntung , dan juga dalam golongan orang-orang yang mengaku bahawa Tuhan kami ialah Allah, maka merika pun memilih jalan lurus. Bahawasanya Haji ke Baitullah Al-Haram itu adalah salah satu asas Islam. Haji itu adalah rukun yang fardu ,menjadi wajib atas setiap Muslim yang berkuasa kesana sekali seumur . demikian pula dengan Umrah .

Firma Allah Ta’ala di dalam surah ) آل عمران : 97 (

ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا

“ Tuhan mewajibkan ke atas manusia mengunjungi rumah suci ( Baitullah Al-haram ) untuk mengerjakan haji bagi orang yang berkuasa mengadakan perjalanan kepadanya .”

Dan bersebda Rasulullah s.a.w :

بني الاسلام على خمس : شهادة أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله , واقام الصلاة , وايتاء الزكاة , وحج البيت , وصوم رمضان .

“ Islam itu dibina atas lima asas, iaitu : Bersyahadah (menyaksikan) bahawasanya tiada Tuhan melaikan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasu ( utusan) Allah , dan mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat , dan haji ke Baitullah dan berpuasa sebulan Ramadhan “.

Sabdanya lagi :

من ملك زادا وراحلة , ثم لم يحج , فلا عليه أن يموت اءن شاء يهوديا أو نصرانيا .

“ Siapa yang mempunyai bekal dan kenderaan , kemudian dia tidak juga naik haji , maka tidak ada halangan lagi baginya untuk memilih matinya sebagai seorang Yahudi atau Nasrani .”

Hadis ini mengambarkan betapa beratnya ancaman ke atas orang yang tidak naik haji , sedangkan ia berkuasa untuk mengunjunginya . lantaran itu tiada wajar bagi seorang Mu’min untuk menundakan naik haji atau malas naik haji , atau menangguhkanya dengan menimbulkan beberapa uzur setiap kali tiba waktu haji ,padahal ia berkuasa jika hendak pergi .
Ia lupa pada bila-bila masa saja maut akan datang meregut nyawanya, ataupun terluput kekuasaannya untuk pergi oleh adanya sebab-sebab yang menghalang ,sedangkan fardu haji telah wajib atas dirinya,kerana dahulunya ia berkuasa pergi kesana , kelak apabila ia mati , ia akan menemui Tuhan dalam keadaan menderhaka dan berdosa .

Bersa,mbung …………….

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น